Monday, January 16, 2012

tutorial nak delete TIMELINE pada firefox dan chrome

Assalamualaikum......

sekarang ni dah ramai dah yang menyesal sebab korang dah add aplication timeline kan...
actually..timeline ni mmg la xboleh nak delete lansung...
susah kan dah wat timeline ni sbb memudahkan stalker nk pantau korang...
nak tgk status tahun lpas pun sekelip mate dorang bleh tgk kn...
cuba byang kn kalau status korang tu time tgh gaduh2 ke...angau bercinta ke..
xke anda malu...sdangkan kalau xguna aplication timeline ni..
susah klau org nk stalk fb kite kan...yela..nak tgk status utk minggu lepas pun naik letih jari klik older post kan...so pikir2 kn la sblum jari anda klik utk timeline ni ok...jgn ikut sgt trend klau akhirnya mnyusahkan kiter kan.........tp..pd sape2 yg dah ter active kn timeline ni..ade good news jgk..baru2 ni facebook ada mngumukn yg facebook timeline ni x mnyokong Internet Explorer 7....so korang boleh la buat facebook timeline ni xbleh active dkt web browser korang oke..
let we start it..


actually senang je...juz dgn buat web browser korang berfungsi mcm Internet Explorer 7..


1)untuk ubah agent pada MOZILLA FIREFOX
oke yg ni khusus utk users of mozilla firefox..cara ni senang..korang boleh buat melalui pnggunaan extension khas..nama dia User Agent Switcher.. cara nak guna dia..korang cuma perlu klik Add To Firefox dan secara automatik dia di active kn pd web browser korang..
lepas dah pasang tu..mybe korang dpt tgk pnmbahan ikon pd web browser korang...bagi yg xdpt tgk ikon tu..korang perlu klik kanan pd web browser korang tu an plih customize.lepas tu  cari ikon User Agent Switcher ni and tarik (drag-and-drop) ke lokasi yg anda nak pd web browser u oll...


seterusnya klik pd ikon tersebt,and plih Internet Explorer 7.and kmudiannya anda dpt buka profile fb anda and xyah tgk da fb timeline tu lg..
tapi kalau nak ubah pada yg asal cuma klik Default User Agent pd pilihan yg disediakn je ok..


2)untuk ubah agent pd GOOGLE CHROME
oke yg ni berbeza dgn firefox td taw..sbb chrome mmg da already dgn aplication ni..so lg memudahkan korang..oke refer pd menu web chrome,klik Tools and lepas tu klik Developer Tools.

one new panel akn mncul pd bhgian bwh web chrome korang..klik pd penjuru kanan tu yg ada ikon gear.

lepas klik pd ikon gear tu..keluar setting page..and pd bhgain Network tu..korang akn dpt plihan setting Override User Agent..so pilih Intenet Explorer 7 drpd nya oke..and klik f5 or REFRESH ur fb page.


its DONE right?..

but..but...but..

korang kena tau yang ianya hanya tetapan utk lappy korang saje...tapi..bagi kawan2 korang yg guna setting biasa je ttap nmpak facebook timeline korang tu...so..suruh la diorang bcer jgk tutorial ni..utk myelamatkan korang dr timeline yg sesak tu..haha..

btw..dah pkul 1500am kt cni..wanna sleep..

oke..wassalam..
and thanks for reading n selamat mencuba















Friday, January 13, 2012

Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Bagi Lepasan Matrikulasi / STPM / Setaraf

Assalamualaikum..


Ramai antara kita bakal menjadi mahasiswa di IPTA bln september ni...ada yang gembira sbb dpt IPTA yg korang idamkan tapi ada juga yang kecewa sbb x mmpu mmbiayai yuran pngajian di IPTA/IPTS.oke..kat sni ada cra utk bantu korang smua yg mmerlukan bantuan kewangan bg mneruskan pelajaran anda di peringkat yg lbih tinggi.bg sesiapa yg berminat utk mncari BIASISWA atau pinjaman,.korang boleh rujuk pd senarai yg telah dinyatakan di bwah ini..

1) PTPTN
2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak @ Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM )
14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
15) Gamuda Berhad
16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
18) Lembaga Zakat Selangor
19) Bank Rakyat Malaysia Berhad @ Bank Rakyat Malaysia Berhad
20) Majlis Amanah Rakyat
21) Pusat Zakat Sabah
22) Yayasan Negeri Sembilan
23) Skim Biasiswa National Science F
24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
27) Sarawak Shell Berhad
28) Sapura Industrial Berhad
29) Terengganu Advanced Technical Institute
31) Yayasan Felcra
32) Yayasan Pahang
33) Yayasan Sabah
34) Yayasan Selangor
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
37) Yayasan Terengganu
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
harap dabat membantu kawan2 ye...jgn lupa berdoa untuk result kite cemerlang..=)

Wednesday, January 11, 2012

pemergian seorang teman hidup dunia dan akhirat insyaallah

assalamualaikum
first of all saya nak ucap kan salam takziah buat ahli keluarga dan teman rapat arwah Qushairie adam Lee atas pemergian arwah.arwah meninggal sebab penyakit kanser usus...arwah merupakan student UITM Hospital Selayang (medic)
actually smpai hari ni masih terasa kehilangan seorang insan yang sgt2 lah istimewa dalm hdup sy..
okey lah mula2 mmg sgt2 susah la nak trima smua ni..
seminggu terakhir awk ade mcm2 kita buat kan..borak2 smpai tgh mlm..i got u voice recording mase tgh nervous sorang2 dkt airport tu..aduhaii ya Allah..byk sgt kenangan kita...
saya sayang awk sgtt...tapi Allah lebih menyayangi awk..
sy redha dgn semua ni...sy rela awk pergi dlu dari menahan sakit mcm ni kan..

p/s : awak anak yang baik..
p/s : even your mom chinese...tp awk brusaha dlm mngenal islam (proud of u)
     : sahabat yang baik..chomel..suka mengadu..bercrita..=)
     :sahabat yg sgt memahami sy

hey i wish you were here with me..


adam lee...al fatihah




Hanya doa dapat ku pohon pada Ilahi agar roh sahabatku  diredhai oleh Allah. Semoga Allah melapangkan kuburnya selapang-lapangnya. Semoga kubur sahabatku  menjadi seperti taman syurga yang dijanjikan kepada roh orang beriman. Amin.

Saturday, September 10, 2011

bersangka baiklah sesama insan

Assalamualaikum..

Ehem3x, pendahuluan sedikit. (^^)
Manusia nie rambut jer sama hitam (de jugak yang perang, tolak yg warnakan rambut), tapi hati dan karakter lain-lain. Ada karakter baik, ada karakter jahat. Yang baik kita jadikan teladan, yang jahat kita rejam dia secara berjemaah. muahaaha 







Jom tengok tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. "





Sunday, September 4, 2011

wanita itu......


Hari ini saya nak bercerita tentang wanita. Baru-baru ini saya ada terbaca entri yang berkisar tentang soal pemakaian tudung khususnya kaum wanita yang beragama Islam, yang lelaki tak payah gatal-gatal nak pakai tudung yer.

Tahukah anda wanita mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki. Tahu atau tidak, mari kita sama-sama baca entri ini sampai habis. Kenapa saya mengatakan wanita itu punya kelebihan, ini kerana wanita itu sendiri adalah istimewa. Tahu dari mana asal usul kejadian wanita? Wanita pertama iaitu Hawa telah dijadikan dari tulang rusuk Adam yang dimana letaknya dekat dengan hati. Pernah terfikirkah kenapa tulang rusuk itu sangat dekat dengan hati? Haaaaaa. Jawapannya adalah untuk dilindungi. Untung wanita-wanita diluar sana. ^_^

Tidak percayakah? Baiklah, mari kita teruskan cerita wanita ini. Jika seorang bayi perempuan dilahirkan, tanggungjawab bayi perempuan itu terletak diatas bahu bapa kerana bapa itu seorang lelaki. Apabila bayi perempuan itu sudah dewasa dan sudah sampai haid, tanggungjawab itu masih lagi diatas bahu bapa selagi anak perempuan itu belum bernikah. Jika bapa kepada anak perempuan itu meninggal dunia, tanggungjawab itu akan berpindah kepada adik beradik lelakinya. Kalau tiada adik beradik lelaki, tanggungjawab itu akan berpindah kepada bapa saudara lelaki dan jika bapa saudara lelaki juga sudah tiada, tanggungjawab itu akan diberikan kepada datuknya jika masih ada. Andai kata semua para lelaki ini sudah tiada, masih ada lagi sepupu lelaki yang seharusnya melindungi sepupu perempuannya itu. Nampak? Betapa ramainya orang lelaki yang ditanggungjawabkan hanya untuk melindungi seorang anak perempuan.

Jika anak perempuan itu sudah bernikah maka tanggungjawab itu akan diserahkan kepada suaminya untuk melindungi wanita yang dinikahinya. Apabila wanita ini sudah bernikah, semakin ramai lelaki yang harus melindunginya termasuk bapa mertuanya. Jika dikurniakan anak lelaki, anak lelaki ini juga akan dipertanggungjawabkan untuk melindungi wanita yang bergelar ibu. Tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya tidak akan pernah putus sampailah ajal anak lelaki itu sampai. Jika anak lelaki itu sudah bernikah dan dikurniakan juga anak lelaki yang bergelar cucu, cucu ini jugalah yang akan menjaga neneknya.

Tak sangka bukan, begitu ramai rupanya pengawal peribadi untuk insan yang bergelar wanita ini. Dari mula dilahirkan sehingga menemui ajal kembali, tidak putus-putus orang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan melindungi mereka. Bersyukurlah mereka yang dilahirkan sebagai seorang wanita dan jangan anggap menjadi seorang wanita akan memberi kekurangan kepada diri anda. Tetapi hal ini hanya segelintir sahaja kaum lelaki yang mengetahuinya. Amat rugi sebenarnya.

Sebelum itu, apakah tanggungjawab yang saya maksudkannya. Mudah sahaja, andai didalam sebuah keluarga mempunyai seorang anak perempuan dan anak perempuan ini tidak memakai tudung dan kita tahu bahawa didalam Islam wanita ada auratnya iaitu menutupi semua tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika anak perempuan itu tidak memakai tudung atau tidak menutup aurat, yang akan memikul dosa anak perempuan itu ialah bapanya kerana anak perempuan itu adalah tanggungjawab seorang bapa. Jadi untuk wanita diluar sana, fikirkanlah akibat dari tidak pemakaian tudung dan juga tidak menutup aurat. Ini hanyalah salah satu contoh dan sebenarnya banyak lagi contoh lain. Saya mengambil contoh ini kerana sudah semakin ramai wanita yang tidak ambil berat pasal pemakaian tudung.

Wanita itu sendiri sudah menjadi hiasan dunia. Tapi sebaik-sebaik hiasan dunia adalah wanita solehah. Bukankah sudah lumrah sesuatu hiasa itu seharusnya dilindungi dan dijaga. Kalau hiasa itu sudah tidak dijaga, maka hilanglah seri dalam dunia ini dan tiadalah ungkapan bunga dan kumbangnya. 

Namun suka saya ingatkan, kepada mereka diluar sana dan juga kepada diri saya betapa wanita ini harus dilindungi dan dijaga bukan untuk dicanang-canang ye. Fikir-fikirlah kaum Adam, tanggungjawab anda di muka bumi ini sangat besar selain menjadi khalifah. Fikir-fikirkanlah. Jangan abaikan tanggungjawab anda ye kaum Adam termasuk diri saya sendiri. ^_^

Friday, August 19, 2011

~sebaik-baik wanita~


Wanita solehah adalah baik akhlaknya serta menjalani
segala yang diperintah Allah SWT. Sifat-sifat wanita
solehah adalah seperti :

1. TIDAK BANYAK MEMANDANG KEPADA LELAKI
"Imam Ghazali mengatakan bahawa wanita yang paling
cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya
(fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak
memandang kepada lelaki lain"

2.MURAH MAHARNYA

" Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah
adalah ringan dan murah. Sabda Nabi SAW,:"Wanita yang
terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah
maharnya."(H.R. Ibnu Hibban)

3. MELAHIRKAN ANAK

" Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak
digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW,: 'Hendaklah
kamu mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak dan
yang mencintai suaminya' (H.R.Abu Daud dan An-Nasa'i).
Kalau wanita itu keadannya belum diketahui, maka
hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan
kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya
wanita itu boleh melahirkan ramai anak"

4. MENGAHWINI GADIS ATAU PERAWAN.

" Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu
mengahwini gadis atau perawan. Nabi pernah bersabda
kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda
:' Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis,
supaya engkau bersenda gurau dengan dia dan dia
bersenda gurau dengan engkau.' "

5.WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA.

" Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun
berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar kerana
ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar.
Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya
tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."

6. JAUHI KAHWIN DENGAN KERABAT YANG TERDEKAT

" Rasulullah SAW menganjurkan agar tidak mengahwini
keluarga yang terdekat kerana yang demikian itu
mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda :
'Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana
anakmu nanti akan menjadi kurus' Syahwat itu akan
bangkit dengan memandang dan menyentuh. Sedangkan
kekuatan syahwat itu apabila ia memandang sesuatu yang
berlainan dari yang biasa nampak. Adapun dari kerabat
dekat, yang ia biasanya nampak, adalah melemahkan
perasaan dan syhwat."


Wanita syurga bercahaya.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

Saturday, July 9, 2011

YA ALLAH...kuatkan hatiku!!



Ya.. Allah,,  kenapa msh begitu sakit.. Rasanya air mataku ini sudah hampir keluar.. Hanya aku saja harus menahannya.. Jangan sampai ada rasa benci di hatiku ya Allah.. Ku mohon,, kuatkan hatiku.. Semoga ini semua tdk merubah sikapku padanya..aku xsnggup utk hadapi smua ni ya Allah...
Aku sungguh tak kuasa lagi menahan ini semua.. Ya Allah ikhlaskan hatiku untuk menerima kenyataan yang ada..

Ya Allah…
Dunia ku semakin mendesakku. Aku terlempar kedalam sisi terlemahku. Aku sesaat merasa hampa dan terdiam. Aku ingin kuat, namun aku tidak tahu caranya. Ya Allah, jangan hukum aku dengan kekecewaan ini. Jangan ya Rabb. Berikan aku sinar terang itu ya Rabb. Aku ingin menemui-Mu dalam sujud terindahku dalam kesendirianku. Dunia ini sungguh melenakanku.

Ya Allah…
betapa Engkau tahu diri ini lemah, sangat lemah…
kuatkanlah aku ya Rabb…
bolehkah sejenak merasakan lagi isyarat-isyarat indah nikmat-Mu yang mampu membuatku terpana dan terpesona. Ya Rabb, kabulkanlah ya Rabb. Ya Allah, berikanlah kehidupan yang baik bagi ku, masa depan yang penuh penaklukan bagi ku, aku tidak ingin menyia-nyiakan hidup yang sesaat ini.

Ya Rabb, tuhan yang Maha Mendengar..rintihan-rintihan hamba-hamba-Nya. Bolehkan aku kembali…
dan masihkan terbuka pintu bagi ku…

dan aku pun tahu…
betapa Engkau akan seperti itu…
Selamanya…
terimakasih ya Rabb…
semoga rintihan ini terjawab…
saat waktunya nanti Engkau mengirimkan untukku berita gembira tentang aku yang akan segera bertemu dengan-Mu…
Ya Allah…