Sunday, September 4, 2011

wanita itu......


Hari ini saya nak bercerita tentang wanita. Baru-baru ini saya ada terbaca entri yang berkisar tentang soal pemakaian tudung khususnya kaum wanita yang beragama Islam, yang lelaki tak payah gatal-gatal nak pakai tudung yer.

Tahukah anda wanita mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki. Tahu atau tidak, mari kita sama-sama baca entri ini sampai habis. Kenapa saya mengatakan wanita itu punya kelebihan, ini kerana wanita itu sendiri adalah istimewa. Tahu dari mana asal usul kejadian wanita? Wanita pertama iaitu Hawa telah dijadikan dari tulang rusuk Adam yang dimana letaknya dekat dengan hati. Pernah terfikirkah kenapa tulang rusuk itu sangat dekat dengan hati? Haaaaaa. Jawapannya adalah untuk dilindungi. Untung wanita-wanita diluar sana. ^_^

Tidak percayakah? Baiklah, mari kita teruskan cerita wanita ini. Jika seorang bayi perempuan dilahirkan, tanggungjawab bayi perempuan itu terletak diatas bahu bapa kerana bapa itu seorang lelaki. Apabila bayi perempuan itu sudah dewasa dan sudah sampai haid, tanggungjawab itu masih lagi diatas bahu bapa selagi anak perempuan itu belum bernikah. Jika bapa kepada anak perempuan itu meninggal dunia, tanggungjawab itu akan berpindah kepada adik beradik lelakinya. Kalau tiada adik beradik lelaki, tanggungjawab itu akan berpindah kepada bapa saudara lelaki dan jika bapa saudara lelaki juga sudah tiada, tanggungjawab itu akan diberikan kepada datuknya jika masih ada. Andai kata semua para lelaki ini sudah tiada, masih ada lagi sepupu lelaki yang seharusnya melindungi sepupu perempuannya itu. Nampak? Betapa ramainya orang lelaki yang ditanggungjawabkan hanya untuk melindungi seorang anak perempuan.

Jika anak perempuan itu sudah bernikah maka tanggungjawab itu akan diserahkan kepada suaminya untuk melindungi wanita yang dinikahinya. Apabila wanita ini sudah bernikah, semakin ramai lelaki yang harus melindunginya termasuk bapa mertuanya. Jika dikurniakan anak lelaki, anak lelaki ini juga akan dipertanggungjawabkan untuk melindungi wanita yang bergelar ibu. Tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya tidak akan pernah putus sampailah ajal anak lelaki itu sampai. Jika anak lelaki itu sudah bernikah dan dikurniakan juga anak lelaki yang bergelar cucu, cucu ini jugalah yang akan menjaga neneknya.

Tak sangka bukan, begitu ramai rupanya pengawal peribadi untuk insan yang bergelar wanita ini. Dari mula dilahirkan sehingga menemui ajal kembali, tidak putus-putus orang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan melindungi mereka. Bersyukurlah mereka yang dilahirkan sebagai seorang wanita dan jangan anggap menjadi seorang wanita akan memberi kekurangan kepada diri anda. Tetapi hal ini hanya segelintir sahaja kaum lelaki yang mengetahuinya. Amat rugi sebenarnya.

Sebelum itu, apakah tanggungjawab yang saya maksudkannya. Mudah sahaja, andai didalam sebuah keluarga mempunyai seorang anak perempuan dan anak perempuan ini tidak memakai tudung dan kita tahu bahawa didalam Islam wanita ada auratnya iaitu menutupi semua tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika anak perempuan itu tidak memakai tudung atau tidak menutup aurat, yang akan memikul dosa anak perempuan itu ialah bapanya kerana anak perempuan itu adalah tanggungjawab seorang bapa. Jadi untuk wanita diluar sana, fikirkanlah akibat dari tidak pemakaian tudung dan juga tidak menutup aurat. Ini hanyalah salah satu contoh dan sebenarnya banyak lagi contoh lain. Saya mengambil contoh ini kerana sudah semakin ramai wanita yang tidak ambil berat pasal pemakaian tudung.

Wanita itu sendiri sudah menjadi hiasan dunia. Tapi sebaik-sebaik hiasan dunia adalah wanita solehah. Bukankah sudah lumrah sesuatu hiasa itu seharusnya dilindungi dan dijaga. Kalau hiasa itu sudah tidak dijaga, maka hilanglah seri dalam dunia ini dan tiadalah ungkapan bunga dan kumbangnya. 

Namun suka saya ingatkan, kepada mereka diluar sana dan juga kepada diri saya betapa wanita ini harus dilindungi dan dijaga bukan untuk dicanang-canang ye. Fikir-fikirlah kaum Adam, tanggungjawab anda di muka bumi ini sangat besar selain menjadi khalifah. Fikir-fikirkanlah. Jangan abaikan tanggungjawab anda ye kaum Adam termasuk diri saya sendiri. ^_^

No comments:

Post a Comment