~cinta??~
Assalamualaikum wbt,
Mengapa apabila disebutkan isu ‘cinta’ , ‘kekasih’ , ‘kasih dan sayang’ pasti hit menjadi tatapan sahabat semua, namun apabila timbul isu Riba’ dalam Islam, isu umat Islam dan sebagainya pasti kurang mendapat sambutan. Puas diri ini berfikir, puas diri ini menilai diri kerana kita ini sama walaupun berbeza.
Akhirnya, saya membuat kesimpulan bahawa dengan cintalah lahir kesetiaan, ketaatan dan pelengkap hidup seorang hamba. Rasulullah saw mendidik para sahabat untuk cinta kepada Yang Maha Esa dan Rasul melebihi segala-galanya, jika tidak bagaimana Saidina Ali sanggup meggantikan tempat baginda ketika beliau sedar bahawa nyawanya bakal diambil begitu sahaja. Begitu juga Saidina Abu Bakar, berhjirah bersama-sama baginda ketika peristiwa Hijrah yang penuh liku dan cubaan, bahkan beliau menahan bisanya ular sehingga menitiskan air mata untuk tidak mengejutkan baginda SAW.
‘Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.’ (At-taubah:40)
Ketika menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa.Abdullah berdoa:
“Tuhanku, berilah aku musuh yang gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?) Aku akan menjawab bahawa keduanya terpotong ketika aku berjuang di jalanMu dan jalan Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”
Lihatlah sahabat semua, betapanya tingginya cinta mereka kepada agama dan kekasih NYA, betapa besarnya peranan CINTA dalam kehidupan seorang hamba.
CINTAnya Nabi Ibrahim as sehingga sanggup meninggalkan Siti Hajar dan puteranya Ismail di lembah yang tiada berpenghuni kerana mematuhi arahan sang Pemilik segala CINTA. Setelah bertemu semula dengan puteranya, Nabi Ibrahim diarahkan pula oleh Allah swt untuk mengorbankan putera kesayangannya dan berlakulah peristiwa yang membuatkan hati bergetar melihatkan betapa agungnya CINTA seorang kekasih sehingga sanggup berkorban apa sahaja, seperti kata P.Ramlee ‘Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa…’
CINTAnya seorang anak sehingga sanggup meninggalkan cita-cita yang menggunung tinggi untuk membantu si ibu dan ayah menyara keluarga, agar adik-adik boleh dihantar ke sekolah untuk meneruskan cita-cita mereka. Tidak boleh dibayangkan oleh akal bagaimana seorang ibu mampu mendidik berbelas-belas orang anak dengan penuh kasih sayang, penuh kesabaran melayan kerenah anak-anak yang tidak pernah habis ditambah dengan sikap anak-anak yang tidak jemu meminta itu dan ini.
CINTA juga membuatkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad saw bertahajjud setiap malam, merintih pada yang satu sehingga bengkak-bengkak kaki baginda, semata-mata untuk menyahut seruan kekasih pemilik CINTA yang Maha Agung.
‘Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.’ (Al-Isra’:79)
Betapa besarnya kuasa CINTA dalam kehidupan ini membuatkan diri berfikir dan yakin bahawa CINTA lah yang menggerakkan seluruh alam semesta. Seluruh semesta tunduk merendah diri pada Yang Maha Sempurna, bertasbih tanpa henti menurut perlakuan tabiat yang telah ditetapkan oleh NYA begitu juga dengan manusia, sekiranya lahir rasa CINTA tanpa ada had kepada NYA pasti akan berterus-terusan memuji kebesaran Ilahi kerana seorang kekasih tidak akan pernah lupa kepada kekasihnya bukan? Ingin sentiasa bersama-sama dengan kekasihnya dan tidak sanggup ditinggalkan keseorangan walaupun sesaat juga.
Marilah sahabat semua kita refleksi diri kita, setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menginginkan untuk bertemu janji (date) lima kali sehari tanpa rasa bosan ,jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, yang sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA?‘Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ‘ (At-Taubah:24)
No comments:
Post a Comment