'Epal yang cantik berbeza dengan epal yang busuk di makan ulat.'
Apa yang anda faham dengan kenyataan saya di atas? Cuba fikir-fikirkan.Generasi hari ini adalah merupakan penyambung kejayaan untuk masa hadapan. Apa yang dibentuk hari ini merupakan landasan kepada masa hadapan. Jika generasi muda diberikan pendedahan yang baik ia akan memberikan impak yang baik serta positif. Jika lain, maka lainlah jadinya.
Teramat penting untuk sama-sama kita membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dalam setiap aspek. Ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kita semua. Bukan sahaja pada orang-orang tertentu.
'Melentur buluh biarlah dari rebungnya.'
Apa yang anda faham dengan peribahasa yang saya sebutkan ini? Untuk menjadikan seseorang individu yang berjaya perlu dibentuk dengan cara yang betul, strategik bermula daripada kanak-kanak, sebaik semasa dalam kandungan bukan. Jangan berlengah lagi untuk menjadikan seseorang anak yang berjaya.
Serlahkan Bakat
Bakat perlu diketahui oleh semua orang. Bagaimana dengan anda? Masih keliru dengan bakat yang anda miliki? Ataupun anda ragu-ragu betul atau tidak apa yang anda senaraikan adalah bakat anda?
TAHNIAH saya ucapkan jika anda telah benar-benar yakin dengan bakat anda sendiri. Namun begitu, yakin dengan bakat sahaja tidak mencukupi. Anda perlu serlahkan dan lakukan sehabis baik. Jadikan bakat yang anda punyai sebagai landasan untuk membentuk kejayaan kepada diri anda sendiri.
Anak-anak perlu dididik dengan berdasarkan bakat semulajadi yang dimiliki mereka. Sebab itulah saya mengatakan ianya oasis kecemerlangan masa hadapan. Bakat yang dikenalpasti dan dilatih dengan sebaiknya akan memberikan kejayaan sebenar. Mereka akan lebih kenal diri mereka sendiri dan melakukan sesuatu dengan baik dan rasa seronok sekali.
Cuba anda bayangkan setiap generasi tahu bakat masing-masing dan menggunakan bakat untuk memajukan diri secara berterusan. Sudah pasti hebat bukan. Setiap daripada mereka akan jelas tentang apa yang mereka capai masa hadapan.
Merentas Masa Hadapan
Jangan lupa untuk melakar masa hadapan anda. Apa yang anda bayangkan diri anda pada masa hadapan? Eh, jangan pula anda bayangkan diri anda seorang yang gagal. Bayangkan dan lakarkan anda seorang yang berjaya dan sentiasa ceria dan gembira. Saya yakin tiada siapa mahu gagal. Pernahkah anda dengar 'Saya tidak mahu berjayalah, saya mahu gagal.' Harapan saya tiada siapa yang berkata begini. Jika ada perlu periksa kembali.
Generasi yang memerhatikan dan merentas masa hadapan akan yakin halatuju dan matlamat mereka. Setiap jalan kejayaan pasti tepat dan dilalui dengan betul. Sudah pasti ia berbeza dengan generasi yang tidak tahu halatuju bukan. Segalanya akan dilakukan dengan strategi yang berkesan dan bersungguh-sungguh.
Generasi hebat!
Generasi yang hebat adalah generasi yang mempunyai matlamat hidup yang ke arah kejayaan. Usaha sudah pasti akan dilakukan dengan sebaik-baiknya. Mereka akan membentuk diri mereka selari dengan matlamat agama, bangsa dan negara.
Bagaimana anda mentafsirkan generasi hebat?
Saya yakin generasi yang hebat tidak akan melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan serta undang-undang agama dan juga negara. Mahukan anda semua melihat tiada lagi zina berlaku, rempit tiada, kes ragut sifar dan berbagai-bagai masalah selesai? Pendedahan kepada membentuk generasi hebat perlu dengan kadar segera.
Apa sahaja dilakukan mempunyai matlamat yang jelas. Generasi ini akan menjadikan suasana kepasa suasana yang harmoni dan sentiasa ceria.
Mencapai Impian
Impian boleh dicapai dengan usaha yang berterusan. Ianya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan sesekali menyerah kalah dan berputus asa. Jika anda gagal, anda perlu tahu yang mana setiap orang yang gagal pasti pernah gagal. Jadi anda perlu teruskan untuk mencapai impian yang diinginkan.
Setiap individu perlu mempunyai impian yang jelas. Biarkan mereka mempunyai impian yang besar. Berikan sokongan dan jangan pula anda mengejek impian mereka. 'Apa impian ni, mustahillah.' Anda perlu tahu tiada yang mustahil jika kena pada tempatnya.
Bantu semua generasi hari ini untuk mempunyai impian dan matlamat. Jangan lupa pula membantu mereka mencapai impian. Berikan tunjuk ajar dan cara sebenar untuk impian yang mereka ada menjadi kenyataan.
Masa hadapan yang cemerlang perlu bermula pada hari ini juga.
No comments:
Post a Comment