1. Surah Al-Falaq ayat 1 - 5 :
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ . مِن شَرِّ مَا خَلَقَ . وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ . وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ . وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"."
2. Kita jangan lupa bahawa ada insan lain yang hidup dalam kemiskinan, kesusahan dan serba kekurangan.
3. Kita hendaklah berusaha dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t.
4. Kita dilarang dari iri hati dan tidak redha dengan nikmat yang diterima oleh orang lain.
5. Surah Al-Hujuraat ayat 12 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana seungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
6. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Janganlah dengki setengah kamu akan setengah dan jangan memutuskan rahim setengah kamu akan setengah dan jangan marah setengah kamu akan setengah dan jangan membelakangkan setengah kamu akan setengah ketika berjumpa. Dan hendaklah ada kamu bersaudara hai sekalian hamba Allah Taala."
( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
7. Hasad dengki itu adalah salah satu penyakit hati yang melahirkan rasa sakit hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap agar kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain.
8. Hasad dengki lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah s.w.t.
9. Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal sahabat dan rakan kerja.
10. Sifat-sifat mazmumah :
• Sifat meninggi diri (sombong)
• Membangga diri
• Merasa tidak puas hati
• Permusuhan dan persengketaan
11. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dari Anas bin Malik r.a. : Dengki itu memakan kebajikan sebagaimana ia membakar kayu api.”
( Riwayat Al-Imam Ibn Majjah )
12. Kata Imam Al-Ghazali :
“Hasad dengki itu sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu. Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya.”
13. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”
( Riwayat Abi Daud )
14. Jenis-jenis dengki :
i) Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.
ii) • Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, apabila orang itu jatuh, ia gembira.
• Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.
iii) Benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.
15. Surah Al-Hasyr ayat 9 :
وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“..... dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu. Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.....”
16. Cara mencegah dan mengubati sifat dengki :
• Kita hendaklah mengawasi diri dan menyedari bahawa penyakit hasad dengki boleh merosakkan diri.
• Kita hendaklah mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dalam apa jua keadaan.
• Jika kita melihat orang yang memperolehi nikmat atau kelebihan, kita hendaklah mengakui bahawa mereka memperolehinya dengan hasil usaha dan kurniaan Allah s.w.t.
• Hendaklah kita rajin bekerja, berikhtiar untuk mencari rezeki dan kurniaan Allah s.w.t.
• Janganlah kita membanding-banding diri dengan orang yang lebih tinggi keadaannya.
• Sentiasalah kita berdoa memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari sifat hasad dengki.
• Jika masih didapati hasad dengki dalam diri kita hendaklah bertaubat dan memohon ampun (beristighfar).
17. Ingatlah dan jauhilah daripada perbuatan hasad dengki yang dilarang oleh agama Islam.
18. Jangan sampai bersarang dalam hati kita kerana penyakit ini adalah satu sifat yang dibenci oleh Allah s.w.t.
19. Sama-samalah kita berdoa semoga hidup dalam keadaan harmoni dan berkasih sayang, yang dengannya akan melahirkan masyarakat yang cemerlang dan bersatu padu.
20. Surah Asy-Syuraa ayat 27 :
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya nescaya mereka akan melupai batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana) akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia mengetahui dengan mendalam segala keadaan hamba-Nya lagi melihat dengan nyata.”
♥ In life you will meet two kinds of people. The ones who build you up and the ones who tear you down. In the end you'll thank them both ♥
nice music
ReplyDelete