jika ada kelapangan baca entri ni.:)
Sebenarnya sy dah ada point² untuk entri ini lama dahulu, tetapi tiada masa pula hendak menaip. kali ini rajinkan sikit diri untuk menaip.(padahal selama ni pun menaip apa.:)
Ok, berbalik kepada topik, apakah 'kekurangan' apabila hidup berpasangan/bercinta ini.sy letakkan beberapa point serta sedikit penerangan. Korang baca dulu ye , mana tahu kalau nak tambah nanti.:)
1. Pembaziran.
Ok, abaikan dahulu perkataan kedekut. Biasalah kalau bercinta ini, amat biasa kalau kita belanja pasangan kita makan/minum dan juga beli barangan. Ditambah lagi dengan bil/kredit telefon yang digunakan untuk menelefon setiap malam walaupun tiap-tiap hari sudah berjumpa. Itu belum masuk lagi bab bershopping, wayang, bowling, main Daytona dan banyak mana lagi yang tak sepatutnya kita beli tapi kita beli kerana ada pasangan.:)
Sukar untuk kita nampak pembaziran jika kita sama-sama memberi, dia belanja kita, kita belanja dia. Tetapi cuba bayangkan, jika anda bercinta dengan pasangan anda lewat setahun, banyak mana sebenarnya anda boleh save duit anda untuk kegunaan sendiri dalam masa setahun tu. Contoh la, jangan ungkit depan pasangan anda ye.ha3
2. Kurang kebebasan.
Kebebasan yang sy maksudkan bukannya pergi bersosial. Kebebasan yang dimaksudkan adalah, berapa kali perkara yang sepatutnya anda boleh buat, tetapi terbatas disebabkan oleh pasangan anda.
Contoh: Anda sepatutnya keluar dengan kawan² minggu ini, tetapi disebabkan pasangan anda ajak keluar juga, anda terpaksa ikutkan pasangan dibimbangi si dia merajuk walaupun anda sudah keluar dengan dia tiap-tiap minggu.
Aku juga ada contoh lain. Anda ada kawan baik yang berlainan jantina yang sememangnya anda baik sejak dahulu, tetapi sejak anda bercinta, pasangan anda tidak benarkan anda baik dengan kawan baik anda kerana cemburu sedangkan anda betul² kawan baik sahaja.:)
3. Akhirnya dia bukan untuk anda.
Tiada apa yang lebih menyedihkan dan menyakitkan hati selain berpisah dengan orang tercinta. Bayangkan jika anda bercinta dari sekolah menengah sehingga universiti. Bertahun lamanya menjadi pasangan kekasih. Banyak yang anda korbankan dari segi perasaan, tenaga, wang ringgit tetapi akhirnya perpisahan tidak dapat dielakkan yang mungkin disebabkan pelbagai hal.
Impian yang diharapkan terhapus di tengah jalan. Pelbagai usaha telah anda lakukan, tetapi akhirnya anda terpaksa menerima hakikat, dia bukan untuk diri anda. Dari pemerhatian sy dan pengalaman sendiri, perkara sebegini selalu terjadi kepada remaja, pelajar tetapi jarang berlaku kepada orang yang bekerja. ( Nak ulas ke.? kan panjang pulak nanti.:)
-------------------------------------
Rasanya cukup 3 point penting yang sy rasakan untuk entri ini.
Korang kalau ada point-point lain bolehlah bagitahu.
Dan mungkin juga berkongsi pengalaman.
Kami semua berbesar hati untuk mengetahuinya.:)
Ada sesiapa nak tambah.?.:)
p/s: Sendiri nak bercinta sendiri tanggung ye. Pesanan kepada diri sendiri dan juga orang lain..:)
No comments:
Post a Comment