Hari ini saya nak bercerita tentang wanita. Baru-baru ini saya ada
terbaca entri yang berkisar tentang soal pemakaian tudung khususnya kaum
wanita yang beragama Islam, yang lelaki tak payah gatal-gatal nak pakai
tudung yer.
Tahukah anda wanita mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki. Tahu
atau tidak, mari kita sama-sama baca entri ini sampai habis. Kenapa saya
mengatakan wanita itu punya kelebihan, ini kerana wanita itu sendiri
adalah istimewa. Tahu dari mana asal usul kejadian wanita? Wanita
pertama iaitu Hawa telah dijadikan dari tulang rusuk Adam yang dimana
letaknya dekat dengan hati. Pernah terfikirkah kenapa tulang rusuk itu
sangat dekat dengan hati? Haaaaaa. Jawapannya adalah untuk dilindungi.
Untung wanita-wanita diluar sana. ^_^
Tidak percayakah? Baiklah, mari kita teruskan cerita
wanita ini. Jika seorang bayi perempuan dilahirkan, tanggungjawab bayi
perempuan itu terletak diatas bahu bapa kerana bapa itu seorang lelaki.
Apabila bayi perempuan itu sudah dewasa dan sudah sampai haid,
tanggungjawab itu masih lagi diatas bahu bapa selagi anak perempuan itu
belum bernikah. Jika bapa kepada anak perempuan itu meninggal dunia,
tanggungjawab itu akan berpindah kepada adik beradik lelakinya. Kalau
tiada adik beradik lelaki, tanggungjawab itu akan berpindah kepada bapa
saudara lelaki dan jika bapa saudara lelaki juga sudah tiada,
tanggungjawab itu akan diberikan kepada datuknya jika masih ada. Andai
kata semua para lelaki ini sudah tiada, masih ada lagi sepupu lelaki
yang seharusnya melindungi sepupu perempuannya itu. Nampak? Betapa
ramainya orang lelaki yang ditanggungjawabkan hanya untuk melindungi
seorang anak perempuan.
Jika anak perempuan itu sudah bernikah maka tanggungjawab itu akan
diserahkan kepada suaminya untuk melindungi wanita yang dinikahinya.
Apabila wanita ini sudah bernikah, semakin ramai lelaki yang harus
melindunginya termasuk bapa mertuanya. Jika dikurniakan anak lelaki,
anak lelaki ini juga akan dipertanggungjawabkan untuk melindungi wanita
yang bergelar ibu. Tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya tidak akan
pernah putus sampailah ajal anak lelaki itu sampai. Jika anak lelaki itu
sudah bernikah dan dikurniakan juga anak lelaki yang bergelar cucu,
cucu ini jugalah yang akan menjaga neneknya.
Tak sangka bukan, begitu ramai rupanya pengawal peribadi untuk insan
yang bergelar wanita ini. Dari mula dilahirkan sehingga menemui ajal
kembali, tidak putus-putus orang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk
menjaga dan melindungi mereka. Bersyukurlah mereka yang dilahirkan
sebagai seorang wanita dan jangan anggap menjadi seorang wanita akan
memberi kekurangan kepada diri anda. Tetapi hal ini hanya segelintir
sahaja kaum lelaki yang mengetahuinya. Amat rugi sebenarnya.
Sebelum itu, apakah tanggungjawab yang saya maksudkannya. Mudah sahaja,
andai didalam sebuah keluarga mempunyai seorang anak perempuan dan anak
perempuan ini tidak memakai tudung dan kita tahu bahawa didalam Islam
wanita ada auratnya iaitu menutupi semua tubuh badan kecuali muka dan
dua tapak tangan. Jika anak perempuan itu tidak memakai tudung atau
tidak menutup aurat, yang akan memikul dosa anak perempuan itu ialah
bapanya kerana anak perempuan itu adalah tanggungjawab seorang bapa.
Jadi untuk wanita diluar sana, fikirkanlah akibat dari tidak pemakaian
tudung dan juga tidak menutup aurat. Ini hanyalah salah satu contoh dan
sebenarnya banyak lagi contoh lain. Saya mengambil contoh ini kerana
sudah semakin ramai wanita yang tidak ambil berat pasal pemakaian
tudung.
Wanita itu sendiri sudah menjadi hiasan dunia. Tapi sebaik-sebaik hiasan
dunia adalah wanita solehah. Bukankah sudah lumrah sesuatu hiasa itu
seharusnya dilindungi dan dijaga. Kalau hiasa itu sudah tidak dijaga,
maka hilanglah seri dalam dunia ini dan tiadalah ungkapan bunga dan
kumbangnya.
Namun suka saya ingatkan, kepada mereka diluar sana dan juga kepada diri
saya betapa wanita ini harus dilindungi dan dijaga bukan untuk
dicanang-canang ye. Fikir-fikirlah kaum Adam, tanggungjawab anda di muka
bumi ini sangat besar selain menjadi khalifah. Fikir-fikirkanlah.
Jangan abaikan tanggungjawab anda ye kaum Adam termasuk diri saya
sendiri. ^_^